Hapus Akta Hasutan Langkah Terbaik

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan untuk menghapuskan Akta Hasutan adalah langkah terbaik bagi menghadapi situasi keadaan masyarakat sekarang.

Pakar perlembagaan, Shahreza Johan berkata ia kerana akta itu akan digantikan dengan Rang Undang-Undang Perpaduan dan Rang Undang-Undang Nasional.

“Semasa Akta Hasutan digunakan, ia tidak perlu membuktikan seseorang melakukan hasutan pun untuk disabitkan kesalahan.

“Ia hanya mengambil kira jika berlaku kecenderungan menghasut, jadi hadnya terlalu rendah, memang wajar dihapuskan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kemungkinan negara akan berdepan huru-hara jika Akta Hasutan dihapuskan.

Sebaliknya Dr Mahathir berkata akta baharu itu tidak akan menghalang hasutan akan berlaku.

Mengulas lanjut, kata Shahreza kebanyakan individu atau kumpulan yang dikenakan pendakwaan kes hasutan tidak begitu ramai.

“Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan kes hasutan ini banyak dikenakan kepada aktivis dan ahli politik.

“Saya lihat undang-undang yang dicadangkan itu mampu tangani jika berlaku sebarang insiden melibatkan Akta Hasutan,” kata beliau.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/hapus-akta-hasutan-langkah-terbaik-1.295139

One thought on “Hapus Akta Hasutan Langkah Terbaik

  • July 1, 2014 at 12:58 pm
    Permalink

    Kata Shahreza kebanyakan individu atau kumpulan yang dikenakan pendakwaan kes hasutan tidak begitu ramai.
    ….kalau tak ramai yg didakwa, mengapa ia begitu penting sangat hendak mansuhkan akta Hasutan ini. .? Tak perlu membuang masa penjawat awam, penggubal undang-undang dan menteri-menteri memikirkannya semula. Singapora masih kekal dgn ISA nya..
    ….Kalau setakat NGO yg mendesak, mereka bukan mewakili rakyat, mereka cuma mewakili segelintir individu yg berkepentingan…supaya senang tabur fitnah dan menghasut.
    ….Negara perlu kesetabilan, bukan segelintir NGO atau ahli politik suka cakap tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Malaysia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.