Hakim Wellington Benar Dedah Identiti Diplomat Malaysia

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Wellington telah membatalkan arahan untuk tidak didedahkan identiti diplomat Malaysia yang didakwa terlibat dengan serangan seksual terhadap wanita warga New Zealand.
Berikutan itu, sebaik sahaja mendapat kebenaran pihak kehakiman,  media New Zealand telah mengumumkan nama warga Malaysia yang memegang portfolio pertahanan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.  

Wisma Putra turut mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu.

Menurut laporan, lelaki yang berusia 30-an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas.

Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Nama lelaki dan butiran kes itu enggan didedahkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Wellington atas alasan bagi melindungi identiti mangsa. 

Polis New Zealand mendakwa warga Malaysia itu atas tuduhan merompak dan menyerang mangsa dengan cubaan merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/01/identiti-didedahkan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.