Beli Nombor Ekor Di Bulan Puasa

ALOR GAJAH – Seorang warga emas lelaki dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas membeli nombor ekor di sebuah premis agensi nombor ramalan di Pulau Sebang, di sini semalam.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditangkap kira-kira jam 11.15 pagi oleh anggota yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan bagi operasi pemantauan kedai makanan di daerah ini.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, lelaki itu dilihat berdiri di hadapan kaunter premis berkenaan sebelum ditahan pihaknya yang membuat pemeriksaan di kedai makanan berhampiran.

“Lelaki yang berasal dari Paya Datuk itu kemudian disaman mengikut Sesyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berjudi,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan, semalam.

Rahimin berkata, operasi itu merupakan kempen kesedaran Ramadan kepada masyarakat beragama Islam supaya patuh kepada suruhan agama untuk berpuasa di bulan Ramadan.

“Kita membuat pemeriksaan di 14 premis makanan di daerah ini antaranya di Pulau Sebang, Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru.

Setakat ini kita belum melihat individu Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/beli-nombor-ekor-di-bulan-puasa-1.294968

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.