Bapa Rogol Anak Kena Penjara 20 Tahun

KOTA BHARU – Padah kerana merogol anak sulungnya yang berusia 14 tahun, seorang bapa tiga anak dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi.

Hukuman diputuskan terhadap penganggur berusia 33 tahun tersebut pada keputusan di akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa merogol anaknya itu di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, antara jam 11 hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus dan diarah berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/haruan-makan-anak-dihukum-penjara-1.295370

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.