KUALA LUMPUR, 1 Jun – Walaupun belum mengadakan sebarang mesyuarat, pemimpin kanan UMNO diakatakan telah mencapai konsensus menuntut kekosongan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Media haru ini melaporkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan kekal sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), walaupun telah meninggalkan UMNO.
“UMNO tetap mahu jumlah anggota kabinet parti itu sebanyak 7 orang kekal,” ujar sumber tersebut.
Sumber tersebut juga mendakwa UMNO telah mempunyai calon untuk mengisi kekosongan tersebut.
Dua nama yang disebut-sebut ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kosong berikutan keputusan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk meletak jawatan selepas tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Shamsul Anuar yang sekarang ini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika ini, pernah menjadi menjadi Menteri potfolio ini semasa pentadbiran Perikatan Nasional.
Sementara itu Noraini juga dipertimbangkan kerana beliau merupakan Ketua Wanita UMNO.
“UMNO sedia kompromi dengan keputusan mengekalkan Zafrul di MITI, tetapi kami juga mahu hak kami dikembalikan. Shamsul Anuar adalah calon yang berpengalaman, profesional dan faham selok-belok kementerian itu,” ujar sumber parti.
Sementara itu Wanita UMNO berharap kekosongan jawatan Menteri dari UMNO akan membuka. peluang Ketua Mereka dilantik ke jaawan tersebut. -Suara.TV