NGO Lawyers For Liberty Pertikai Tindakan Kerajaan Tahan Pendatang Tanpa Izin

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kumpulan hak asasi mempertikai kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob bahawa Putrajaya telah menawarkan pengampunan kepada pendatang asing tanpa dokumen (PATI) bagi menggalakkan mereka tampil menjalani saringan Covid-19.

Lawyers for Liberty (LFL) mempersoalkan sama ada tawaran pengampunan itu ikhlas kerana ia dibuat pada saat pihak berkuasa imigresen menjalankan serbuan di kawasan yang dikenakan perintah keluar masuk.

“Oleh sebab serbuan dan penahanan terus berjalan sewaktu tawaran pengampunan dibuat, maka tentulah tidak ada pendatang yang akan tampil secara sukarela kerana tidak yakin pihak berkuasa tidak akan menahan mereka jika berbuat demikian.

“Kerajaan gagal memperlihatkan sikap baik dalam tawaran pengampunan itu. Pendatang tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini,” kata penyelaras LFL Zaid Malek dalam kenyataan hari ini.

LFL berkata, walaupun dikritik keras oleh banyak kumpulan hak asasi tempatan dan antarabangsa, namun Putrajaya berdegil dengan berkata, ia berhak menahan PATI.

Ia berkata, Putrajaya perlu menangguhkan semua serbuan dan penahanan sehingga krisis Covid-19 berjaya diatasi sekiranya ia benar-benar mahu PATI tampil dan bekerjasama tanpa berasa bimbang akan ditahan.

Semalam Ismail berkata, tawaran saringan Covid-19 kepada PATI telah “tamat” kerana tidak ada pendatang yang tampil untuk menjalani ujian.

Beliau berkata, pengumuman itu (tawaran) dibuat sejak awal apabila pihak berkuasa mendapati sebilangan PATI disahkan positif Covid-19 di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat