Video: Kuasa Udara Pantau Keamanan Negara – Panglima TUDM

LABUAN – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang menyifatkan bahawa kuasa udara adalah satu kuasa yang berperanan besar dalam menjaga kedaulatan negara dari sebarang anasir.

Menurut beliau, negara amat memerlukan kuasa udara ini untuk diletakkan di bahagian hadapan.

“Kuasa udara tunggak kedaulatan negara dan ini adalah berpaksi kepada beberapa objektif.

“Kita nak mengimbas kembali kuasa udara adalah kuasa kritikal dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Kenapa kita berkata begitu, dengan keadaan ketika ini, kita memerlukan suatu kuasa yang boleh kita lancarkan dibarisan hadapan,”katanya ketika ditemui media di pangkalan udara Labuan.

Tambah beliau lagi, kita perlu bersedia dalam menempuhi sebarang jenis serangan yang bakal mendatang.

“Kita boleh menggunakan kuasa udara kita.

“Kita mesti siap sedia dalam menghadapi apa sahaja perkara yang bakal datang,”ujarnya.

Selari dengan tema sambutan Hari TUDM ke 59, Kuasa Udara Tonggak Kedaulatan Negara.pada hari ini, TUDM mengalami transformasi dan berkembang menjadi antara kuasa terkuat dalam memastikan keamanaan negara dapat dijaga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.