Tular Pelanggan Tidur Diatas Sofa, Baring Di Katil IKEA

Gambar-gambar yang dirakam hujung minggu lalu menjadi tular di laman sosial apabila didapati ada pelanggan yang tidur di atas sofa, di kedai perabot di IKEA Nantong, China.

Agensi melaporkan, malah ada juga yang menidurkan bayi mereka di atas katil yang dipamerkan tanpa menghiraukan pelanggan lain yang mungkin mahu membeli.

Menurut portal news163.com, mungkin cuaca panas sehingga 32 darjah selsius sekarang menyebabkan pelanggan keletihan dan mengambil kesempatan ‘berehat’ di IKEA.

Selepas kedai pertama dibuka di Beijing, muncul gambar menunjukkan pelanggan ‘berkhemah’ di atas sofa bersama keluarga, membaca akhbar dan makan biskut.

Pada Julai 2015, syarikat terpaksa melarang orang ramai bersantai di atas perabot yang dipamerkan selepas ada pelanggan mengadu mereka tidak dapat meneliti perabot berkenaan kerana digunakan orang lain.

Sebelum ini, Syarikat Sweden itu membuka kedainya yang pertama di China pada 199 dan negara itu dan kini mempunyai tiga daripada lima IKEA terbesar dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.