Priyanka Chopra Dikecam, `Tunjuk Kaki’ Depan Perdana Menteri India

Aktres terkenal India, Priyanka Chopra telah dikecam gara-gara gaun yang dipakainya dianggap kurang sopan kerana menampakkan bahagian kaki ketika bertemu dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di Berlin, semalam.

Kecaman itu diterimanya daripada netizen yang mempersoalkan pakaian yang dipakainya yang disifatkan sebagai kurang sesuai.

Priyanka yang kini terkenal di Hollywood bagaimanapun memutuskan untuk tidak menjawab secara langsung terhadap kecaman berkenaan.

Sebaliknya dia memuatkan gambar bersama ibunya, yang memperlihatkan mereka memakai gaun dan seluar pendek hingga nampakkan kaki dalam Instagramnya.

Entri berkenaan menerima lebih 100,000 likes dalam masa empat jam ia dimuatnaik.

Priyanka merupakan pelakon utama dalam drama bersiri Amerika Syarikat, Quantico dan turut membintangi filem baru Baywatch.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.