Pembayaran BR1M Kali Kedua Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

Pengumuman kerajaan bahawa pembayaran kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 5 Jun ini merupakan berita gembira kepada 3.3 juta penerimanya apatah lagi ketika itu umat Islam sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya.

Ternyata pembayaran berkenaan akan menutup mulut `longkang’ pembangkang yang selama ini sering melaungkan ungkapan kerajaan akan bankrap.

Itu belum lagi tuduhan Mahathir Mohamad bahawa BR1M adalah rasuah dan hanya mengajar rakyat menjadi malas, iaitu satu penghinaan kepada penerima BR1M.

Walaupun pembangkang sibuk membusukkan BR1M, hakikat yang tidak boleh ditolak ialah negeri Selangor merupakan penerima tertinggi BR1M dengan jumlah 1,017,403 orang.

Mereka ini dikira bertuah kerana jika diikutkan kerajaan Selangor hanya memberikan bonus 2.5 bulan kepada kira-kira 17,500 penjawat awam sahaja tetapi kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan bantuan BR1M kepada lebih sejuta penduduk di Selangor.

Dari situ kita boleh melihat bagaimana kerajaan tidak mengetepikan penduduk walaupun di negeri pembangkang.

Begitu juga dengan Pulau Pinang. Sebuah blog pembangkang melaporkan kemungkinan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng akan memberi bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam, tapi sejauh mana kebenarannya tidak diketahui.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang suram, bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk memberikan bantuan wang kepada rakyat kerana ia memerlukan dana yang tinggi tetapi itu yang dilakukan oleh Najib. Beliau keluar ke merata negara semata-mata mencari pelaburan dan akhirnya berjaya.

Dan adakah seorang penyanyi popular negara masih mahu menyatakan bahawa pemimpin negara zalim, seperti doa yang dititipkannya di depan Kaabah baru-baru ini?

Hanya pada zaman Najib sahaja rakyat diberikan bantuan wang berbanding bekas pemimpin yang diketahui menjadi idola penyanyi terbabit. Pada zaman bekas pemimpin yang memerintah selama 22 tahun itu, tiada bantuan wang diberikan kerana beliau sendiri menentang bantuan BR1M ini.

Ketika mengulas mengenai pembangkang, tidak terkecuali penting untuk dibicarakan ialah mengenai kenyataan Mahathir bahawa Pakatan Harapan akan menggunakan logo dan manifesto yang sama pada PRU ke-14 ini.

Apa lagi la manifesto pembangkang kali ini sedangkan 51 janji pembangunan pun gagal ditunaikan oleh DAP di Pulau Pinang selepas 10 tahun memerintah. Jadi kenapa perlu manifesto pun kalau ia semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Akhirnya rakyat juga yang akan tertipu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.