Pegawai Polis Dijumpai Mati Di Pejabatnya

PASIR PUTEH 1 Jun – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini pagi ini.

Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK)ditemukan maut pukul 9.40 pagi ini dengan kesan tembakan di kepala .

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa sepatutnya menghadiri mesyuarat di IPD namun tidak hadir sebelum ditemukan maut dalam keadaan terduduk di kerusi di biliknya.

“Unit forensik masih menjalankan siasatan. Mangsa dihantar ke HTA untuk bedah siasat.

“Buat masa ini kita klasifikasikan sebagai kematian mengejut dengan susulan penyiasatan yang lebih terperinci,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Din berkata, pegawai berkenaan berasal dari Selangor masih bujang dan bertugas di IPD berkenaan sejak 8 Mei 2016 sebagai pegawai penyiasat jabatan jenayah komersil. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.