Nur Sajat Mahu Ambil Tindakan

Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadapnya selepas ini.

Menurut Nur Sajat dia kesal dengan tindakan pelbagai pihak terutama di media sosial yang jelas ingin menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.

“Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.

“Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan ‘relief’ sewajarnya di bawah undang-undang,” katanya menerusi kenyataan yang di akaun Instagram dan Facebooknya, lapor mStar.

Amaran keras Nur Sajat dipercayai berkenaan pelbagai kecaman dan fitnah terhadapnya sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, beliau dikritik dan dikecam netizen berhubung gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.

“Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan… rahsia siapa pasangan kita… so kena tutup mukanya… supaya menjadi teka teki… selamat berbuka,” demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan terdapat juga emoji sekuntum bunga.

Bagaimanapun, Nur Sajat berkata, bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.