Makanan Bantu Berhenti Merokok

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pasti ada di antara perokok yang berazam untuk berhenti merokok.

Namun, ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh perokok tegar.

Bagaimanapun, Kajian mendapati, terdapat makanan yang boleh membantu untuk berhenti daripada kegiatan kurang sihat ini.

Pertamanya adalah Susu. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa susu sebenarnya dapat membantu anda untuk berhenti merokok.

Pengambilan susu sebelum merokok akan membuatkan anda hilang selera untuk merokok. Selain susu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh mengamalkan produk tenusu lain seperti yogurt atau keju.

Yang keduanya adalah Vitamin C, dimana Merokok dengan kerap akan menyebabkan anda kehilangan banyak vitamin di dalam badan, sedangkan ianya amat penting untuk kesihatan.

Bagi yang ingin berhenti merokok, disarankan untuk mengamalkan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Contoh buah-buahan yang kaya dengan vitamin C adalah lemon, oren, strawberi dan jambu batu.

Ketiganya adalah Halia. Haruman halia ini sememangnya berkesan untuk membuatkan anda lupa kepada rokok. Caranya adalah dengan menghiris halia dan campurkan ke dalam teh panas. Percayalah, ianya amat berkesan untuk memotong selera merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.