Lintasan Jalan Kaki ‘Terapung’ Jadi Tarikan Umum

KUALA NERUS — Lintasan pejalan kaki yang seolah-olah terapung di udara di sebuah medan selera di sini menjadi tumpuan ramai kerana keunikannya.

Lintasan hitam putih yang menggunakan teknik khayalan mata, atau ilusi optik, dibuat di perkarangan Dapo Pata, Tok Jembal di sini, lapor Kosmo!.

Sudah popular di luar negara, rekaan hasil usaha Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Tanah itu pertama di Terengganu.

Pegawai daerah berkata lintasan itu, yang menjadi tumpuan sejak kelmarin, ingin dijadikan daya tarikan terbaru para pelancong di daerah berkenaan.

“Lokasi Dapo Pata dipilih kerana ia merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di Kuala Nerus,” kata Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil.

Tahun lalu, lintasan pejalan seumpama itu dihasilkan beberapa guru dan pelajar di depan Sekolah Menengah Cheras Perdana di Kuala Lumpur. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.