Lelaki Maut Jatuh Tingkat 10 Apartment


KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 ke tingkat satu sebuah apartmen di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 35 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dikatakan terjatuh dari atas bangunan berkenaan selepas tergelincir.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, pihak polis yang tiba di lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 1 pagi menghubungi hospital dan pegawai perubatan yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa naik ke apartmen berkenaan untuk menghantar kunci kereta namun berlaku pertengkaran antara mangsa dan sepupunya (wanita) menyebabkan mangsa tergelincir lalu terjatuh ke balkoni tingkat satu bangunan itu.

Katanya sepupu mangsa kemudian menghubungi pengawal keselamatan bagi meminta bantuan sebelum pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi pihak polis.

Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut. – BERNAMA


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.