Gadis Diarah Pulang Pakai Seksi Menjual Di Bazar Ramadan

KUANTAN ― Seorang pembantu peniaga diarah pulang oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana berpakaian mencolok mata di bazar Ramadan Jalan Sungai Lembing, di sini, kelmarin.

Wanita berusia awal 20-an itu didapati tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan MPK, malah melanggar aspek kebersihan apabila tidak memakai tudung atau penutup kepala, lapor Metro.

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian, disebabkan itu wanita terbabit diarah pulang ke rumah untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.

“Amalan kebersihan itu bukan saja pada makanan dan minuman yang disediakan tetapi juga kebersihan gerai serta kawasan persekitaran,” katanya.

Tambahnya lagi, MPK tegas dalam soal etika berpakaian dan kebersihan, selain menempatkan pegawai di setiap lokasi bazar Ramadan untuk memudahkan pengunjung membuat aduan.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan komitmen semua peniaga bazar Ramadan setakat ini dan meminta mereka mematuhi peraturan itu sepanjang Ramadan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.