Cinta Ditolak : Lelaki Rempuh Gadis Idaman, Ugut Bunuh Sebelum Rogol

KOTA BARU — Gara-gara cintanya ditolak, seorang penganggur merempuh motosikal gadis idamannya, mengugutnya dengan pisau sebelum merogol di dalam kereta.

Lelaki 23 tahun itu yang memandu Proton Wira melanggar motosikal gadis 21 tahun dari belakang dalam insiden kira-kira 7 petang Khamis lalu, lapor Kosmo.

Terdahulu, suspek yang memberhentikan kenderaan, kemudian mengacu pisau ke leher mangsa dan mengheretnya ke dalam kereta sebelum menuju ke kawasan semak di kawasan Bachok.

“Mangsa kemudian dirogol suspek di dalam kereta tersebut di kawasan semak itu,” kata pemangku ketua polis Kelantan SAC Din Ahmad.

Tambahnya, gadis itu kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas di sini, namun mangsa berjaya melepaskan untuk mendapatkan bantuan orang awam.

“Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya,” katanya.

Lelaki itu positif dadah jenis amphethamine, atau syabu, dan direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Mangsa menerima tujuh jahitan di betis akibat luka ketika bergelut di dalam kereta, sementara suspek pula luka di tangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.