Bank Islam Brunei Pilih Malaysia Untuk IPO AS$500 Juta

KUALA LUMPUR – Bank Islam Brunei Darussalam Berhad telah memilih Malaysia sebagai destinasi untuk tawaran awam permulaan (IPO) untuk menjana sehingga AS$500 juta.

Pemberi pinjaman terbesar di negara itu telah meminta bank-bank untuk mengambil peranan ke atas penjualan saham kali pertama itu dan dijangka memilih penasihat pada bulan depan, menurut sumber.

Bank Islam juga menimbang Singapura dan London untuk IPO, yang boleh disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini.

IPO itu akan menjadi yang pertama daripada firma di Brunei dan negara itu tidak mempunyai bursa sendiri.

Kali pertama jualan saham di Malaysia mengumpulkan sebanyak AS$ 833 juta setakat ini tahun ini, meningkat daripada AS$235 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, menurut data.

Pemegang saham Bank Islam termasuk Kementerian Kewangan Brunei, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, firma ekuiti persendirian Fajr Capital Ltd. dan kira-kira 6,000 pelabur Brunei, menurut laman webnya.

Bank itu dibentuk melalui penggabungan pada tahun 2005 daripada Bank Islam Brunei dengan Bank Pembangunan Islam Brunei mempunyai 7.5 bilion dolar Brunei (AS$5.4 bilion) daripada jumlah aset kumpulan pada akhir 2015.

Nisbah kecukupan modal Tahap 1 adalah 23.3 peratus pada masa itu, menurut laman sesawangnya.

Bank Islam, yang berpangkalan di ibu negara Bandar Seri Begawan, mempunyai 15 cawangan di seluruh Brunei dan mempunyai lebih daripada 700 orang kakitangan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.