Aznil Nafi Tuduhan Suntik Botoks

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, menyangkal dakwaan beliau mengambil suntikan botoks bagi mencantikkan wajah.

 

Pak Nil, 54 berkata, sejak dari dulu beliau memperuntukkan wang yang banyak demi menjaga penampilan wajah.

 

“Dahulunya, saya sanggup berhabis wang beribu-ribu ringgit sebulan demi menjaga penampilan wajah. Namun begitu, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya mengambil suntikan botoks kerana ianya memudaratkan.

 

“Mustahil saya gunakan botoks kerana jika benar, pastinya saya tidak boleh memberikan reaksi wajah yang berbeza-beza, sama ada sedih, gembira atau pun terkejut setiap kali saya mengacarakan mana-mana program di kaca televisyen. Saya hanya melakukan rawatan yang selamat serta tidak membahayakan dan berjumpa dengan pakar dermatologi,” katanya lapor Astro Gempak.

 

Selain itu, Pak Nil turut muncul dengan produk penjagaan wajah jenama sendiri iaitu Anell by Aznil Nawawi.

 

“Menerusi Anell, saya menemui jalan penyelesaian untuk menjaga wajah secara murah dan selamat. Saya bersama dengan rakan kongsi, Aisyah Nik Jaafar berusaha mencari formulasi berkesan dalam merealisasikan Anell.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.