Video: Staff AirAsia Campak Beg Dan Barang Penumpang Hingga Pecah

Kuala Lumpur – Seorang pengguna laman sosial Facebook, Wong Kee Hock berang apabila mendapati barangannya yang dilabel ‘fragile’ dalam bagasi didapati pecah.

 

Bagi menunjukkan sendiri cara kakitangan mengendalikan bagasi penumpang termasuk yang dilabel sebagai barangan mudah pecah, Kee Hock merakam dan memuat naik sebuah video dua kakitangan lapangan terbang yang bertindak mencampak beg dan kotak barangan penumpang ke dalam lori pengutip bagasi.

 

 

“Penerbangan saya AK 775 dari Kuching ke Singapura… Ini adalah cara kakitangan mencampakkan beg … Barangan saya sendiri telah pecah. Saya merakamnya kerana mahu satu dunia melihat.”

 

“Simpan barangan yang ‘mudah pecah’ dengan anda, lebih baik.”

 

Klip video berdurasi 1.39 minit itu telah ditonton oleh lebih 400,000 pengguna Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.