Saiful Gugur Saman Fitnah Terhadap Anwar

Kuala Lumpur – Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menggugurkan saman fitnah RM50 juta terhadap bekas ketua pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai keputusan itu pagi ini.

 

Pengurusan kes tersebut dijadualkan berlangsung.

 

Ini bermakna Saiful tidak lagi membuat apa-apa tuntutan terhadap Anwar, kata Latheefa.

 

“Kami gembira kerana ia mengesahkan lagi bahawa Anwar tidak bersalah,” katanya kepada pemberita.

 

Pengadu tidak memberi sebarang alasan menggugurkan kes tersebut atau perbincangan mengenai kos, katanya.

 

Saiful, seorang bekas pembantu Anwar, memfailkan saman itu pada Ogos lepas kerana dakwaan fitnah dan dakwaan diliwat.

 

Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan kes liwat ke atasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.