Video: Rakyat Jepun Hormat Pada Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Sebuah video pendek yang memaparkan penghormatan rakyat Jepun terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang berkunjung ke negara matahari terbit itu mendapat perhatian pengguna alam maya.

 

Video berdurasi 18 saat itu telah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook dan telah ditonton sebanyak 20,957 serta turut dikongsi lebih 539 kali.

 

 

Meskipun, dalam video itu wajah bekas teraju pimpinan negara berkenaan tidak ditunjuk dengan jelas, namun, pengguna internet percaya gambar pada video itu adalah Tun Dr. Mahatir.

 

Rata-rata pengguna Facebook melahirkan rasa terharunya terhadap sambutan rakyat Jepun terhadap orang yang pernah digelar sebagai bapa pembangunan negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.