Mangsa Kemalangan Asyik Main Games Online

CHANGSHA, CHINA – Seorang lelaki dirakam masih asyik bermain permainan dalam telefon bimbitnya walaupun terlantar di atas jalan raya selepas motosikalnya dilanggar kereta.

 

Gambar ini dirakam di Changsha, ibu negeri wilayah Hunnan di selatan China.

 

Menurut laporan People’s Daily Online, lelaki itu dilanggar di persimpangan jalan yang sibuk, kelmarin.

 

Motosikalnya jatuh dan kotak dibawanya bertaburan.

 

Bagaimanapun, apabila polis tiba, lelaki itu enggan bangun, sebaliknya memberitahu mereka, dia mahu tunggu ambulans.

 

Kedegilan dan perbuatannya terus bermain dengan telefon bimbitnya menyebabkan kesesakan teruk.

 

Polis mengesahkan dia dibenarkan keluar dari hospital pada hari itu juga selepas doktor mendapati dia hanya mengalami luka kecil.

 

Beberapa media sosial percaya lelaki itu sengaja menjatuhkan dirinya untuk menuntut pampasan daripada pemandu kereta terbabit.

 

Seorang pengguna laman sosial menulis: “Ini satu lagi penagih permainan online.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.