Dulu Pun Saya Banyak Buang Orang – Tun Mahathir

Putrajaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

 

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama.

 

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya… saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

 

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

 

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

 

Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.