Ahmad Maslan Beri Amaran Jangan Naikkan Harga Barang

Kuala Lumpur – Datuk Ahmad Maslan memberi amaran kepada peniaga agar tidak menaikkan harga barang susulan kenaikan 10 sen petrol dan diesel berkuatkuasa 1 Jun 2015.

 

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, harga minyak dinaikkan kerana kenaikkan harga minyak di pasaran dunia tetapi harga barang tidak sepatutnya dinaikkan.

 

Beliau mempersoalkan kenapa peniaga-peniaga tidak menurunkan harga barang bila harga minyak diturunkan.

 

“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik,maka minyak Msia juga naik,harga barang jangan pula dinaikkan!,” katanya menerusi akaun twitternya.

 

Kerajaan mengumumkan harga runcit baru bagi Petrol RON95 dan diesel kepada RM2.05 seliter manakala RON97 RM2.33 seliter termasuk GST.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.