Ahli Parlimen ‘Kantoi’ Tonton Video Lucah

BRASILIA – Ketika rakannya sibuk membahaskan isu berkaitan rakyat dan negara, seorang anggota Parlimen Brazil dirakam menonton video lucah.

 

Joao Rodrigues menontonnya ketika Parlimen sibuk membahaskan usul membaharui sistem pilihan raya.

 

Lebih menarik lagi apabila dia turut membenarkan anggota Parlimen lain menonton video itu.

 

Gelagat Rodrigues itu dirakam seorang anggota Dewan lain.

 

Menerusi rakaman itu, Rodrigues dari Parti Demokratik Sosial dilihat menonton video itu menerusi telefon bimbitnya di bawah mejanya.

 

Rodrigues menjelaskan menerusi Facebooknya, dia menerima video itu menerusi kumpulan WhatsApp dan berhasrat memadamkannya.

 

“Saya mempunyai hampir 100 kumpulan WhatsApp. Saya menemui filem berkenaan daripada satu daripada kumpulan itu. Saya cuba memadamkannya apabila ada anggota lain di belakang merakam perbuatan saya itu,” katanya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.