PERSIDANGAN SIFUBADS MILIONAIRE SASAR 7 RIBU PESERTA

Sifu Jamal mensasarkan 7 ribu peserta SIFUBADS MILIONAIRE CONFERENCE LIVE yang akan berlangsung 5 hingga 7 Julai 2019, bagi memperkasakan lagi usahawan tempatan dengan teknik-teknik dunia pemasaran digital.

” Dunia tanpa sempadan kini bukan hanya membawa pelbagai maklumat tetapi harus dimanfaat sebagai platform dunia perniagaan yang rancak di era digital ketika ini” kata  Jamaluddin Bahari,  Pengasas dan Pengarah Urusan Sifufbads Sdn, Bhd.

Beliau berkata demikian dimajlis sidang media pelancaran bukunya, 57 Marketing untuk si pemalas yang diberi secara 100,000 secara percuma dan pengumuman SIFUFBADS MILIONAIRE CONFERENCE, DI Sungai Besi, siang tadi.

Selaku motivator terkenal dalam dunia perniagaan pemasaran digital, sifufbads mahu lebih ramai usahawan baharu pelbagai lapisan menyertai perniagaan dalam talian.

Jika sebelum ini beliau mensasarkan golongan pengasas-pengasas syarikat namun kini, beliau mahu menyebarluaskan ilmu perniagaan digital ini kepada pelbagai lapisan masyarakat.

” Kita rancakkan dunia perniagaan dalam negara untuk kecairan ekonomi dalam negara itu lebih memanfaatkan penduduk tempatan,” tegasnya yang lebih dikenali sebagai  Sifu Jamal.

Pendaftaran SIFUBADS MILIONAIRE CONFERENCE LIVE yang akan diadakan di IDCC Shah Alam itu akan  bermula 2 Mei ini di laman sesawang http://www.sifubads.com/dmc2019 dan secara besar-besaran 10 Mei ini di semua platform media sosial rasmi sifufbads.

Antara kelainan program pemasaran digital sifufbads kali ini adalah menampilkan 10 speaker atau panel terbaik yang telah berjaya dibawah payung program seminar-seminarnya sejak 2012.

Sifu Jamal yag popular sebagai penganjur seminar, kelas dan konsultansi dalam pemasaran internet kini telah mempunyai 300,000 peserta mengikuti programnya.

Antara agensi kerajaan yang menggunakan khidmat kepakaran pemasaran digital beliau adalah Pusat Pungutan Zakat, MARA, MDEC, INSKEN dan lain-lain.

Dianz, Mamadil, De’Xandra, Wildan, Neelofa dan Datuk Sri Vida antara alumni yang telah berjaya bergelar jutawan.

Majlis turut diserikan dengan penampilan penyanyi Waris yang melancarkan lagu barunya khusus untuk SIFUFBADS bertajuk You Lambat, You Tertinggal.

Caption gambar Sifu Jamal pengasas dan Pengarah Urusan Sifufbads bersama penyanyi Waris dan Speaker-speaker bagi program SIFUFBADS MILIONAIRE CONFERENCE LIVE 5-7 Julai 2019

asit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.