Rafizi Mengaku Arah Calon PKR Rempuh Masuk Pusat Penamaan Calon

RANTAU – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengaku mengeluarkan arahan kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram supaya merempuh masuk ke pusat penamaan calon di Rembau pada hari penamaan calon Sabtu lalu.

“Saya mintak maafla, saya yang suruh Dr. Streram rempuh, dia rempuh dia langgar, dia juga kena tangkap dengan polis, polis nak gari dia, polis tekan dada dia”, katanya.

Beliau turut mengeluarkan kenyataan bahawa isu Dr Streram tidak dapat memasuki kawasan pencalonan adalah dirancang dari awal dan Datuk Seri Mohamad Hasan takut kepada wakil calon PKR tersebut untuk bertanding satu lawan satu di DUN tersebut.

Rafizi mengeluarkan kenyataan tersebut ketika hadir dalam ceramah umum Pakatan Harapan di Rantau, Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam pada yang sama Rafizi terus menuduh Barisan Nasional (BN) menyekat calon PKR itu daripada bertanding, yang mengundang kenyataan Khairy yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Beliau juga dengan nada bongkak berkata tidak takut disaman oleh Khairy Jamaludin kerana beliau kini mempunyai 14 saman dan tiada masalah baginya jika ditambah satu lagi daripada Calon BN Parlimen Rembau tersebut.

“Samanlah, dia tidak tahu aku dah ada 14 saman, nak bagi saman satu lagi, Khairy lupa saya orang yang masuk lokap tiap-tiap tahun, dia tidak pernah masuk lokap cakap besar.

“Orang yang seperti ini dia ingat kita ini takut dengan saman dia, saman saya pernah kena, lokap saya pernah kena, malah saya berdepan 4 tahun penjara, itupun aku tak takut kalau setakat Khairy Jamaludin, siapa sangatlah”, ujar bekas ahli Parlimen Pandan itu yang pernah mengaku kerjanya sebagai penghasut rakyat. – UMNO-Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.