Harga Minyak Bagi Mei Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2016 kekal seperti April.

 

Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter.

 

“Harga runcit bagi diesel dijual pada RM1.55 seliter,” katanya kepada Bernama, di sini pada Sabtu.

 

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 pada April masing-masing naik 10 sen sementara harga runcit diesel naik 20 sen berbanding harga pada Mac iaitu RM1.60 seliter bagi RON95, RM1.95 bagi RON97 manakala diesel dijual RM1.35 seliter.  – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.