Video: Wan Azizah Tipu Pengundi, Dakwa Anwar Masuk Penjara Kerana GST

Permatang Pauh – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana membantah perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

 

Beliau turut merayu agar para pengundi di Permatang Pauh menghargai pengorbanan Anwar itu dengan memberikan undi kepada dirinya selaku calon parlimen di kawasan tersebut.

 

 

“Kerana pengorbanan ini saya mohon undilah calon Pakatan Rakyat kerana Anwar bersuara (dan) menentang perlaksanaan GST, dia (Anwar) masuk penjara.

 

“Dulu dia ditahan kerana (bantah) kenaikan tol. Dia masuk penjara (kerajaan) naikkan tol,” katanya ketika menyampaikan ceramah kempen pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh di Padang Taman Guar Perahu malam tadi.

 

Wan Azizah ketika berucap di hadapan kira-kira 30 orang jentera pakatan rakyat turut menyifatkan tindakan memberikan undi kepada dirinya itu bagi menjamin masa depan negara.

 

“Sekarang ni (sebab) nak senyapkan dia (Anwar) masukkan penjara.

 

“Tapi hanya dia seorang yang masuk penjara, tapi kita ada di luar (dan) mesti buat sesuatu demi masa depan negara” ujarnya lagi.

 

Wan Azizah berhadapan dengan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.

 

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

 

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.