Video: Pemuda PAS Laung Slogan Hancur PKR Dan DAP

PERMATANG PAUH – Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

 

Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, namun di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata masih ada.

 

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Demo Pas Pulau Pinang-3

 

Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa sepanduk yang antaranya bertulis “DAP jangan biadap”, “hudud hukum Allah” dan “kami sokong tok guru presiden”.

 

Mereka turut melaungkan takbir serta “hidup PAS” dan “hancur PKR”.

 

Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.

 

Demo Pas Pulau Pinang-2

 

Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.

 

Angkatan Anak Muda Keadilan (AMK) sebelum ini menganggap sebarang perselisihan antara Pemuda Pas sudah selesai.

 

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia berikutan kerjasama baik yang diperoleh dari Pemuda Pas bagi membantu kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pilihan Raya Kecil  (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

 

“Saya anggap semua masalah sudah selesai. Tidak ada perkara yang perlu dibangkitkan lagi. Saya tengok Pemuda Pas pun sudah batal boikot, jadi tidak perlu timbul perkara sebegini.

 

“Saya dengan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda Pas) pun baik-baik sahaja. Tidak bermasam muka ketika bertemu dan masih boleh bertegur sapa dengan mesra ketika berjumpa,” katanya memetik laporan Sinar Online.

 

Demo Pas Pulau Pinang-4

 

Demo Pas Pulau Pinang-5

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.