Video: Guan Eng Mahu Jaga Permatang Pauh Bagi Pihak Wan Azizah

Permatang Pauh – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau bersedia menjaga para pengundi di kawasan Permatang Pauh bagi pihak Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sekiranya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menang dalam pilihanraya kecil (PRK) yang akan diadakan 7 Mei ini.

 

Guan Eng memberikan jaminan tersebut ketika menyampaikan ceramah kempen PRK Permatang Pauh di Padang Taman Guar Perahu.

 

 

“Saya akan jaga kerusi Kak Wan, orang cakap susahlah (sebab) kena pergi dua tempat. Permatang Pauh pun kena jaga, Kajang pun kena jaga (jadi) macam mana mahu jaga dua tempat dalam satu masa.

 

“Nak naik kapal terbang pun kena satu jam, mana nak jaga (dan) itu satu soalan kita kena jawab, tentang Kajang di Selangor saudara saya Yang Berhormat Azmin Ali sendiri mengatakan dia akan jaga Kajang” ujarnya di hadapan 30 orang jentera pakatan rakyat, malam tadi.

 

Terdahulu Dr Wan Azizah berkata, sebagai Presiden PKR beliau akan meminta Azmin yang juga timbalannya menguruskan kebajikan rakyat di Kajang jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

 

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha DAP itu, turut menyeru agar para pengundi tidak bimbang dengan isu yang dibangkitkan oleh jentera Barisan Nasional (BN) itu.

 

“Sekiranya Datuk Seri Wan Azizah dapat menang di parlimen kawasan Permatang Pauh, jangan bimbang Ketua Menteri pun akan jaga pengundi-pengundi di sini.

 

“Jadi nak soal apa lagi?” soalnya pula.

 

Dr Wan Azizah sebeleum ini turut menyeru agar isu ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang baru-baru ini tidak diperbesarkan.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang berkata, masalah berkenaan sudah ditangani oleh wakilnya di kawasan itu.

 

“Ehh…mana ada (masalah), semua selesai  dah. Kita dah lama turun buat kerja.

 

“Tak…tak dak, tak ada masalah. Semua OK. Tak ada isu dah,” katanya menurut laporan yang dikeluarkan oleh mStar Online.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rungutan penduduk di Kajang mengenai ketiadaannya di kawasan yang diwakilinya itu sewaktu banjir kilat baru-baru ini.

 

Dr Wan Azizah yang kini sibuk berkempen sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh truut mengakui tidak sempat berada di Kajang ketika insiden banjir kilat melanda.

 

Beliau berhadapan dengan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.

 

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

 

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.