Zaqhwan Tanam Tekad Kategori Supersports

 

PELUMBA wildcard negara bagi kategori Supersports, Zaqhwan Zaidi tidak melihat aksi sulung di laman sendiri pada Kejohanan Superbike Dunia (SBK) bermula 6 hingga 8 Jun ini, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), beri kelebihan buat dirinya.

Menyifatkan peluang diberikan SIC perlu dimanfaatkan sepenuhnya, Zaqhwan hanya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mengutip mata kerana sedar saingan sengit daripada pelumba lain.

“Tekanan sudah pasti ada, apatah lagi beraksi di laman sendiri. Namun, semua itu saya jadikan pembakar semangat untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan positif,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi perlumbaan tersebut, Zaqhwan menjelaskan masih banyak perlu dipelajari dalam tempoh masa hampir sebulan sebelum kejohanan sebenar bermula.

“Buat masa ini jentera yang bakal digunakan hanya akan berada di Litar SIC seminggu sebelum kejohanan, persiapan tetap diadakan dengan menggunakan jentera lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.