Video : Cuba Cetus Provokasi, Peserta Himpunan Bawa 'Smoke Grenade' Dan Flare

Kuala Lumpur – Sekalipun pihak polis telah berkompromi dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan secara aman, namun para peserta #BantahGST tetap melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Suara.TV, beberapa peserta yang mendakwa kononnya mewakili kumpulan anak muda cuba mencetuskan provokasi dengan melaungkan ungkapan-ungkapan provokasi seperti memaki hamun pemerintah dan pihak polis.

Paling memeranjatkan mereka turut melemparkan bom asap (smoke grenede) dan ‘Flare’ sepanjang perhimpunan itu diadakan.

Sambil diselang-selikan dengan nyanyian, mereka mendakwa kehadiran pada hari ini adalah untuk menumbangkan kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat kepada Yang Dipertuan Agong.

Pihak polis yang mengawal keadaan pada petang itu, enggan memberikan sebarang komen kerana mendakwa mereka mendapat arahan untuk memudahkan program yang diadakan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.