Tun Mahathir Sangkal Pandangan Obama

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal pandangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang mengatakan bahawa Malaysia tidak memberikan hak sama rata kepada semua rakyat.

Menurutnya, kerajaan Malaysia memberikan peluang kepada semua rakyat tidak kira agama dan bangsa.

“Walaupun dengan polisi kerajaan dan sebagainya, Adakah kamu lihat kaum Cina di Malaysia antara yang termiskin?

“Kebanyakan kaum India adalah peguam, profesional dan doktor, mereka yang tidak pernah ke Malaysia tidak akan tahu tentang perkara ini,” katanya selepas merasmikan buku ‘A Un Chronicle’ karya Tan Sri Razali Ismail di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di sini, semalam.

Mengenai buku A UN Chronicle yang dilancarkan itu, ia mengandungi catatan pengalaman Razali yang pernah menjadi pengerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 1996 hingga 1997.
     
Razali dalam ucapannya berkata beliau berharap buku berkenaan akan menjadi rujukan berguna kepada diplomat Malaysia pada masa ini, bakal diplomat, golongan akademik dalam jurusan kajian antarabangsa dan pelajar.              

Antara pengalaman yang dicatatkan dalam buku itu ialah bagaimana beliau berkhidmat di PBB ketika era kepimpinan Dr Mahathir yang sangat proaktif memperjuangkan nasib negara-negara sedang membangun, jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.