Mesir Teruskan Hukuman Gantung Ke Atas 683 Penyokong Ikhwanul Muslimin

 

KAHERAH – MESIR. Kementerian Kehakiman kelmarin mempertahankan keputusan mereka, sekali gus menolak reaksi masyarakat negara antarabangsa berhubung keputusan menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Mursyidul Am, Mohamed Badie.

Mereka turut menganggap bantahan besar-besaran dilakukan orang awam yang kononnya sebagai tindakan tidak boleh diterima.

Dalam satu kenyataan, peguam mendakwa, Hakim Saeed Youssef terlalu tergesa-gesa kerana hanya mengambil masa kurang daripada lima minit untuk membuat keputusan itu.

Sebelum ini, beliau pernah dikritik kumpulan hak asasi manusia kerana enggan mendengar sebarang hujah pembelaan ketika prosiding perbicaraan yang menyaksikan 529 penyokong IM dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keputusan itu sebagai keterlaluan manakala Washington mendakwa ia sebagai hukuman yang melanggar piawaian asas dalam sistem keadilan antarabangsa.

Di bawah undang-undang Mesir, hukuman mati hanya boleh diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar.

Isnin lalu, sebuah mahkamah di selatan Minya turut menarik balik hukuman mati yang dikenakan ke atas 492 daripada 529 penyokong IM, Mac lalu manakala baki selebihnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. – Al-Ahram

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.