Gambar : Pemandu Kereta Maut Dalam Kemalangan

Kuala Lumpur – Satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuha kereta dan motosikal berlaku di Jalan Mahameru menghala ke Sungai Besi.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 7.07 pagi di hadapan Istana Negara Lama itu telah mengorbankan pemandu kenderaan, manakala penunggang motorsikal hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut sumber, pemandu kereta tersebut gagal mengawal kenderaan telah melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

Penungang motorsikal berbangsa India yang sedang melalui jalan tersebut telah bergesel dengan kenderaan tersebut.

Sejurus menerima panggilan pasukan Bomba dari balai Hang Tuah bersama Unit RIM dan EMRS telah dikerah ke tempat kejadian bagi membantu mangsa kejadian.

Kemalangan jalan 4

 

 

 

 

 

Kemalangan jalan 3

 

 

 

 

 

Kemalangan jalan 1

 

 

 

 

 

Kemalangan jalan 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.