#BantahGST : Peserta Himpunan Pitam Dan Sesak Nafas

Kuala Lumpur – TIdak tahan dengan keadaan yang bersesak, ditambah dengan keadaan cuaca yang panas, salah seorang peserta himpunan #BantahGST hampir pitam dan sesak nafas.

Peserta berbangsa India yang dianggarkan berusia sekitar 40-an itu terpaksa dipapah dan dibawa ke tepi oleh orang ramai bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pasukan perubatan dari St John yang berada di kawasan berhampiran, telah diminta untuk memberikan bantuan kecemasan.

Mangsa kemudiannya di bawa dan dihantar ke hospital yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan selajutnya.

Pitam 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.