PRU14: Masyarakat Tidak Selamat Jika Bertelagah – Mufti

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik dan masyarakat di negara ini diseru untuk kekal bersatu dan tidak berpecah atau bertelagah sesama mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam surat terbuka yang disiarkan di Facebook, Mufti Wilayah Persekutuaan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, bahang PRU-14 semakin terasa sehingga ada pihak mengeluarkan kata-kata nista dan keras terhadap lawan politik yang sedikit pun tidak melambangkan akhlak seorang Muslim.

Dr. Zulkifli berkata, antara tangggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang muslam adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.

“Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat tunduk kepada kebijaksanaannya.

“Betapa pentingnya persoalan kepemimpinan ini sehingga Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Jika ada tiga orang dalam permusafiran, hendaknya mereka mengangkat salah seorang di antara mereka menjadi pemimpin,” kata Dr. Zulkifli,

Jelas Dr. Zulkifli dalam sistem demokrasi, hak bersuara adalah dibenarkan akan tetapi akhlak dan adab perlulah dijunjung. Mengakhlakkan diri dengan peribadi yang unggul lagi luhur adalah satu perjuangan yang amat tinggi nilainya.

Beliau turut menasihatkan agar menjauhi perbuatan menghina dan mencaci serta melaknat sesama sendiri.

“Akhir kalam, kami katakan marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan merapatkan saf dan membina negara dengan akhlak yang mulia dan keperibadian yang unggul.

“Jika ini kita dapat pertahankan, negara kita akan tetap harmoni dan dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!