Penternak Belgium Beri Lembu Minum Bir Untuk Daging Lebih Lembut

CHIMAY – Seorang penternak di sini memberi lembu ternakannya meminum empat liter bir setiap hari, kononnya ia boleh menyedapkan lagi daging haiwan itu.

Hugues Derzelle berkata, dia mendapat idea untuk berbuat demikian selepas membaca kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, menyanyi dan memberi haiwan ternakan mereka minum bir.

Walaupun cerita di Jepun itu hanya mitos, Derzelle yakin lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya percaya tindakannya dapat melembutkan lagi daging haiwan berkenaan.

Dia mula memberi dua daripada lembu yang diternaknya minum arak sejak November tahun lalu.

Mac lalu, Derzelle menjual kedua-dua lembu berkenaan dan mendakwa, diet khas yang diberikan kepada lembunya meningkatkan harga daging haiwan itu kerana ia lebih bermutu berbanding daging lembu biasa.

Penternak itu kini merancang meningkatkan pengeluaran daging lembu khas itu kepada 500 kilogram pada tahun pertama dan menambah jumlahnya jika pengguna memberi maklum balas positif.

Derzelle bukan penternak pertama yang mengamalkan diet khas untuk haiwan ternakannya.

Di Australia, seorang penternak dilapor memberikan haiwannya memakan coklat dan mendakwa hasilnya amat menakjubkan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.