Annuar Musa Masuk Hospital

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), pagi tadi selepas mengadu sakit dada.

Abangnya, Abdul Sattar, ketika dihubungi berkata, keadaan Annuar kini stabil dan tidak membimbangkan, namun perlu dirawat seketika di hospital berkenaan,lapor BH.

“Kira-kira jam 6 pagi tadi, Tan Sri Annuar mengadu sakit dada dan pening sebelum dihantar ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut.

“Alhamdulillah, keadaannya kembali stabil berbanding pagi tadi. Atas nasihat doktor, pelawat terpaksa dihadkan kepada keluarga terdekat sahaja bagi membolehkan adik saya berehat,” katanya.

Abdul Sattar turut meminta orang ramai mendoakan supaya Annuar kembali pulih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.