Video : Raja Bomoh Batal Ritual Buang Hantu Depan Rumah Guan Eng

PULAU PINANG – Setiausaha Persatuan Mukabuku Pulau Pinang,  Muhsin Latheef mendakwa Raja Bomoh Malaysia terpaksa membatalkan ‘ritual khas’ di hadapan banglo mewah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng petang tadi kerana ‘terlalu banyak gangguan’.

 

Muhsin melalui klip video yang dimuatnaik di laman Facebook berkata ritual khas oleh individu yang mengelar dirinya sebagai Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin untuk membuang semua hantu dan ‘sial’ itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat petang tadi.

 

“Tadi Raja Bomoh dah call mamu, dia kata ada banyak gangguan, mungkin buah tak tak cukupkah.

 

“Dia ada lalu pastu dia kata tak boleh sebab banyak gangguan, mungkin lagi dua atau tiga hari dia akan datang.” katanya memetik kenyataan di dalam klip video tersebut.

 

 

Muhsin yang mengelarkan dirinya sebagai Mamu Penang pada Khamis berkata, telah menghubungi Ibrahim untuk mengadakan ritual tersebut.

 

Beliau turut mendakwa akan menanggung semua kos bagi mengadakan ‘ritual khas’ itu.

 

Terdahulu Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan ‘feng shui’ yang teruk.

 

Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia sebelum ini berkata atas sebab itu pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.

 

Isu penjualan hartanah dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi itu menjadi kontroversi selepas selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan banglo tersebut dijual lebih rendah dari harga pasaran semasa.

 

Ia lebih hangat diperkatakan umum apabila pemilik asal banglo mewah itu dilaporkan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.