Video: NGO Hantar Memorandum Bantah Pelaksanaan GST

KELANA JAYA – Sekurang-kurangnya seramai 30 wakil NGO Gabungan Bantahan Cukai GST yang hadir bagi menyatakan bantahan mereka terhadap setelah setahun pelaksanaannya.

 

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard berkata, pihaknya menghantar memorandum tersebut bagi mempertikaikan mengenai pengurusan dan penggunaan cukai tersebut.

 

 

“Sebelum pelaksanaan GST pelbagai perkara kepada rakyat supaya tidak membantah pelaksanaan cukai tersebut. Namun ia berlaku sebaliknya.

 

“Rakyat telah melihat kesan daripada pelaksanaan itu menerusi kenaikan harga barang, pelupusan subsidi, kenaikan tambang pengangkutan awam, kenaikan harga rumah dan kenaikan harga tol,”katanya yang mempersoalkan dimana janji kerajaan sebelum pelaksanaan cukai tersebut.

 

Beliau yang membuat penyerahan memorandum bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Gani Othman di Ibu Pejabat Kastam Eksais DiRaja, di sini, sebentar tadi.

 

Walaupun, terdapat sedikit pertikaian mengenai memorandum yang dihantar kerana bertarikh pada tahun lalu, namun pihak kastam menerima memorandum bantahan tersebut. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.