Surat Isytihar Bubar DUN Sarawak Dihantar Kepada SPR

KUCHING – Surat pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah pagi ini.

 

Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, surat tersebut yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dihantar melalui faks dan pos laju.

 

Katanya, surat tersebut diterima beliau daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebelum sidang akhbar pengumuman tarikh pembubaran DUN semalam. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.