SPR Terima Notis Pembubaran DUN Sarawak

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sudah menerima notis rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, hari ini.

 

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas selepas tarikh pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 11 April ini.

 

“Mesyuarat khas ini bagi memutuskan semua perkara berkaitan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak Ke-11 termasuk tarikh penting seperti penamaan calon, hari undi awal, hari pengundian selain daftar pemilih yang akan digunakan,” katanya.

 

SPR perlu mengadakan pilihan raya itu dalam jangka masa 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.