Selangor Kaji Semula Pemberian Air Percuma

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula skim air percuma untuk penduduk negeri itu selepas penstrukturan industri berkenaan selesai.

 

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, skim 20 meter padu air percuma setiap bulan akan terus meliputi semua penduduk Selangor pada tahun ini namun akan dikaji semula selepas itu.

 

Kerajaan Selangor telah membelanjakan sejumlah RM1.1 bilion untuk skim itu sejak 2008, kata Azmin.

 

“Pada ketika ini kerajaan masih mengambil keputusan meneruskan bagi tahun 2016.

 

“Namun setelah selesai penstrukturan industri perkhidmatan air yang juga menelan kos yang tinggi maka amat wajar cadangan yang dikemukakan oleh (ADUN) Hulu Kelang itu diberikan perhatian yang serius supaya kos yang dikeluarkan ini menepati kumpulan sasaran pada yang berpandapatan rendah dengan rakyat di negeri selangor,” jawab Azmin di Sidang DUN hari ini.

 

Azmin berkata demikian selepas mendengar cadangan ADUN Hulu Kelang Saari Sungip untuk kerajaan negeri memindahkan sebahagian peruntukan air percuma kepada golongan sasaran terutamanya golongan yang memerlukan.

 

Ujar beliau lagi, tiada laporan penyalahgunaan pemberiaan air percuma ini diterima kerajaan negeri sepanjang program air percuma ini dilaksanakan.

 

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri bercadang untuk meneruskan program pemberian air percuma ini di tahun 2016 seperti yang dinyatakan dalam kerajaan negeri sebelum ini.

 

Dalam Bajet Negeri Selangor 2016 lalu, Azmin berkata skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan tahun seterusnya, adalah bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri.

 

Kerajaan negeri sebelum ini berkata pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bagi rakyat Selangor akan diteliti semula bagi memastikan skim berkenaan benar-benar sampai kepada golongan sasar termasuk pengguna berpendapatan rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.