Ringgit Diniaga Dibawah RM4 Selepas Mahathir Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama kejatuhan nilai Ringgit Malaysia menjadi sasaran pembangkang dengan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai punca, mata wang negara itu kini kembali didagangkan dibawah RM4, lebih tepat lagi RM3.87 sejak 9.10 pagi tadi.

 

Ironinya, disebalik tuduhan pembangkang mengaitkan Najib dengan kejatuhan ringgit, nilai mata wang tersebut kembali mengukuh sehari selepas Tun Dr Mahathir melepaskan empat jawatan kerajaan.

 

Semalam, Dr Mahathir melepaskan empat jawatan kerajaan iaitu, Pengerusi Proton Holdings, Canselor Universiti Teknologi Petronas, Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA)

 

Pada jam 09.11 pagi, ringgit disebut harga pada 3.8820/8880 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 3.8970/8070, namun tiada dari kalangan pakatan pembangkang membuat kenyataan berkenaan isu ini.

 

Nilai ringgit menjadi isu politik apabila ianya didagangkan pada RM4.40 setiap AS$1 Dolar.

 

Walaubagaimanapun, kejatuhan nilai ringgit sebelum ini berikutan kelemahan mata wang Yuan China, kejatuhan nilai minyak dunia serta krisis yang melanda Timur Tengah.

 

Seorang peniaga berkata kepada Bursa Malaysia dalam pada itu menjelaskan ringgit akan terus menunjukkan trend meningkat.

 

“Ringgit telah semakin meningkatkan kedudukannya, mengambil kesempatan daripada penurunan dolar AS disebabkan indeks dolar AS susut sedikit kepada 94.565 selepas jatuh lebih empat peratus pada suku pertama untuk mencatat prestasinya yang paling rendah sejak suku ketiga 2010,” kata peniaga tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.