Pemuda UMNO Mesyuarat Dalam Sungai Kerana ‘Panaih Lit Lit’

Baling – Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Cawangan Batu 48 Bongor buat julung kali diadakan di dalam Sungai Ketil, di sini, disebabkan keadaan bahang berikutan cuaca panas melampau, hari ini.

 

Difahamkan, mesyuarat berkenaan sepatutnya diadakan kira-kira 3 petang di Dewan UMNO kampung terbabit, tetapi terpaksa dipindahkan ke sungai yang terletak kira-kira 500 meter itu disebabkan kurang selesa.

 

Penyelaras mesyuarat, Mohd Azrani Ariffin berkata, ia adalah kali pertama mesyuarat diadakan di dalam sungai kerana cuaca panas sehingga suhu mencecah 37 darjah selsius menyebabkan kira-kira 40 perwakilan yang hadir mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat di dalam sungai.

 

“Meskipun terpaksa diadakan di dalam sungai, namun mesyuarat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik. Ini satu kelainan dan melakar sejarah mesyuarat UMNO apabila diadakan di dalam sungai.

 

“Berikutan perubahan cuaca panas melampau dan air sungai menjadi cetek menyebabkan semua perwakilan bersetuju mengadakan mesyuarat di sungai berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata, walaupun berlangsung di dalam sungai, perjalanan mesyuarat terbabit tetap berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik.

 

“Ini satu kelainan dan melakar sejarah apabila mesyuarat UMNO diadakan di dalam sungai,” ujarnya pula.

 

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin.

 

 

Kedah dan Perlis masih mencatat bacaan suhu tertinggi setakat pukul 3 petang hari ini berikutan gelombang haba yang melanda di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari sebelum ini berkata Kedah dan Perlis mencatat bacaan suhu tertinggi berikutan gelombang haba yang melanda di seluruh negara.

 

Menurutnya cuaca panas melampau dan kering itu disebabkan fenomena El Nino ketika ini.

 

Sehubungan itu orang ramai diminta agar mengurangkan aktiviti luar buat masa ini dan minum banyak air untuk mengelakkan strok haba. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.