Pegawai Khas DAP Sifatkan Anak TPM Otak Sampah, Mulut Longkang

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas kepada ahli parlimen DAP-Kuching, Abdul Aziz Isa mengecam anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

 

Abdul Aziz Isa menerusi status di laman Facebooknya semalam, menyifatkan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai otak sampah, mulut longkang dan hati batu kerana menyifatkan krew penerbangan sebagai ‘tua’.

 

“Cik Ikon Bonggol! Kenapa terlalu KURANG AJAR? Awak mungkin fikir awak ‘somebody’ tapi tak bermakna awak dengan mudah mengutuk orang lain. Sampai hati kamu kutuk krew Malaysia Airlines tua! Mak kamu tak pernah tua ke? Nenek kamu tak pernah tua ke?

 

“Hoi nenek kebayan instagram! Cakap lain kali pandang kiri, pandang kanan, jangan hanya dongak ke langit. Kamu patut bagi semangat, bukan menghina. Dah la Malaysia Airlines tamatkan 6,000 pekerja, yang ada sekarang pun belum tentu nasib, emosi tak stabil disebabkan tekanan, kamu pula mulut puaka kutuk mereka, lu ape hal babe? Kamu jealous ke sebab mereka lebih cantik daripada kamu?,”katanya memetik kenyataan di status tersebut.

 

Nurulhidayah melalui akaun Instagramnya sebelum ini berkata “Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! – bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya.”

 

Abdul Aziz turut menyelar tentang polisi yang didakwa Nurulhidayah itu sebagai ilmu keselamatan yang menjadi tanggungjawab sebuah syarikat penerbangan.

 

“Sebagai seorang wanita, dan selaku “self-declared” Ikon Belia, kamu sepatutnya memikirkan tentang maruah pramugari dan pejuangkan hak mereka sebagai pekerja wanita, bukan dengan mulut puaka menghina mereka! Pernahkah Ikon Belia ini terfikir pramugari tua tu kemungkinan seorang ibu tunggal, balu, janda atau seorang ibu yang terpaksa bangun awal berjihad menjaga keselamatan penumpang dalam pesawat demi sesuap nasi untuk menyara kehidupan anak-anak dan keluarga mereka? Then kamu hina mereka tua? Memang dasar kurang ajar!

 

“Lepas tu, tanpa segan silu, dengan angkuh dan sombongnya kamu. Macam ni ke cara kita memperbaiki sesuatu perkara? Hello, kalau kamu fikir yang kamu tu ‘somebody’, jadi, saya minta maaf perempuan, kamu salah. Perangai kamu kutuk pramugari tua dan belia Malaysia pemalas bagaikan kamu tu bukan warga Malaysia, tak berjiwa patriotik! Kamu tu memang layak dikecam sebab kamu hanya seorang manusia yang mempunyai otak sampah, mulut longkang dan hati batu!,” katanya lagi.

 

Terdahulu Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang amat marah dengan kenyataan Nurul itu turut menghamburkan pelbagai kritikan keras sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

 

Ekoran kenyataan tersebut Nurulhidayah meminta maaf kepada kakitangan MAS yang terlibat kerana membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

 

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.