Mahathir Tidak Mahu Anwar Bebas Dari Penjara

KUALA LUMPUR – Perbincangan antara Tun Dr Mahthir Mohamad dan pakatan pembangkang membentuk ikatan untuk menyingkirkan Perdana Menteri bermula sejak tahun lepas lagi apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali membuat pertemuan sulit bersama Dr Mahathir di London pada 22 Februari 2015.

 

Raja Petra Kamaruddin mendedahkan, pertemuan tersebut antara lain membincangkan hasrat Pakatan Harapan bergabung dengan Dr Mahathir dan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara selepas Najib disingkirkan.

 

“Mahathir, bagaimanapun tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut (kerana) menyingkirkan Najib boleh (namun) memberikan Anwar pengampunan dan melepaskan beliau dari penjara tidak boleh. Azmin kemudiannya bersetuju perjanjian tersebut hanya melibatkan penyingkiran Najib dan tidak melibatkan pengampunan dan melepaskan Anwar dari penjara.

 

“Pada 23 Februari 2015, Azmin terbang kembali ke Malaysia dan pada 26 Februari 2015 Azmin ke Penjara Sungai Buloh menyampaikan berita buruk. Dan berita buruk itu adalah Mahathir mahu Anwar kekal dalam penjara dimana beliau hanya dilepaskan pada 2020 dan hanya boleh kembali ke politik pada 2025 pada umur 78 tahun,” kata blogger tersebut.

 

Ujarnya, Anwar hanya boleh bertanding semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2028 pada umur 81 menyebabkan anaknya, Nurul Izzah Anwar menolak untuk mendapatkan parol kepada bapanya dan mahu pendapatkan keampunan.

 

“Sebab itu Anwar mahukan pengampunan dan bukannya parol kerana sekiranya beliau diampunkan beliau boleh terus bertanding pada PRU (sekiranya dijalankan pada Mei 2016) atau pada PRU2018 (namun) sekiranya beliau mendapat parol beliau hanya boleh bertanding pada PRU 2023 pada usia 76 tahun.

 

“Itu sebab mengapa Anwar mahukan pengampunan dan bukannya mendapatkan parol,” katanya lagi.

 

Tambahnya, hubungan erat antara Anwar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi suatu masa dahulu juga membimbangkan Dr Mahathir ekoran sekiranya Najib berjaya disingkirkan, Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekaligus memberi kelebihan kepada Anwar. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.